RAUB, 26 Julai – Mesyuarat Jawatankuasa Program Liga Sukan Komuniti 2023 (LSK2023) Peringkat Daerah Raub telah diadakan pada 24 Julai yang lalu, jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat, Kompleks Rakan Muda (KRM) Raub.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Imran Isnin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub dengan dihadiri oleh wakil daripada Persatuan Bolasepak Raub, Persatuan Sepaktakraw Raub, Persatuan Bolajaring Raub serta wakil daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Antara intipati mesyuarat ialah taklimat ringkas berkenaan Liga Sukan Komuniti, tarikh pelaksanaan serta lantikan Jawatankuasa Teknikal bagi setiap pertandingan yang dijangka akan dimulai dengan pertandingan futsal pada 29 Julai ini.
Diharapkan semua perancangan yang telah diatur berjalan dengan jayanya. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 4.20 petang.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali
Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali
PBSD Raub
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 161
