PEKAN, 21 Julai – Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Liga Sukan Komuniti 2023 (LSK2023) Daerah Pekan telah diadakan pada 14 Julai yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pekan.
Mesyuarat penyelarasan teknikal ini telah dipengerusikan oleh Encik Noor Marikan Mat Nasir, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan. Hadir bersama dalam mesyuarat ini adalah wakil persatuan dan kelab iaitu Persatuan Bola Jaring Daerah Pekan, Persatuan Sepak Takraw Daerah dan Revo Futsal Team. Dalam mesyuarat ini juga telah membincangkan perjalanan program dan peraturan pertandingan bagi Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Pekan 2023. Tiga acara sukan yang akan dipertandingkan pada LSK2023 kali ini iaitu futsal (lelaki), sepak takraw, dan bola jaring.
Diharapkan program ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah ditetapkan di peringkat daerah.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Mohd Noor Marikan Mat Nasir
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 188
