ROMPIN, 27 Jun – Satu kunjungan belia daripada Muadzam Shah, Rompin telah diterima oleh warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin pada 19 Jun lalu bertempat di ruang pejabat Kompleks Rakan Muda Rompin.
Kunjungan tersebut berkaitan cadangan penubuhan Kelab Kecergasan Muadzam Shah yang disuarakan oleh Saudari Noorain Zafirah Mohamad Zaini, Instruktur Kecergasan yang ditauliahkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bersama rakan seperjuangan yang lain. Dalam pertemuan tersebut, beliau telah meminta nasihat dan tunjuk ajar daripada Puan Nor Amira Amalina Che Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin yang bertanggungjawab di Unit Sukan PBSD Rompin.
Semoga dengan adanya perbincangan dua hala ini dapat membantu memudahkan urusan beliau dan terus bersemangat untuk menjayakan penubuhan kelab tersebut seterusnya mencapai misi penubuhan kelab yang mahukan sukan di Muadzam Shah dipergiatkan.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:
Nor Amira Amalina binti Che Ibrahim
PBSD Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 121
