KUANTAN, 28 Jun – Sepuluh Rakan Baharu bakal menjadi tumpuan utama anak muda sebagai platform pengisian masa lapang yang berkualiti disamping menjadi medan penyatuan perpaduan belia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Rakan Muda, yang diberikan nafas baharu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi baru-baru ini.
Sebanyak sepuluh Gaya Hidup diperkenalkan selaras dengan cita rasa dan minat generasi muda ketika ini iaitu Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Demokrasi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Prihatin, Rakan Mahir, Rakan Muzikn Rakan Niaga dan Rakan Litar.Bagi setiap Gaya Hidup ini pastinya akan di sertakan dengan pelbagai pengisian dan aktiviti untuk generasi muda sertai. Selaras dengan itu, di peringkat negeri kebebasan pemilihan program, adalah berteraskan hala tuju setempat. Pembaharuan Rakan Muda kali ini turut mendapat sokongan penuh dari Rakan Strategik iaitu Grab, Lazada, Shopee dan Food Panda. Peserta yang menyertai akan mendapat pelbagai manfaat dari Rakan Strategik tersebut.
Majlis pelancaran yang penuh gilang gemilang ini turut mendapat sokongan padu Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang yang hadir bersama barisan Peneraju Jabatan Belia dan Sukan Negeri-Negeri.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#YAKINBOLEH
Disediakan oleh:-
Azroyana Ullmahayu Mohd Rozin
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Mohamad Haji Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 144
