KUANTAN, 15 Jun – Penyampaian Sijil Penghargaan kepada persatuan-persatuan baharu yang telah mendapatkan sijil pendaftaran daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah diadakan sempena dengan Program Siaran Langsung ‘Big Screen’ Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Solomon Island telah diadakan semalam di T-Station, Jalan Pintasan Kuantan bermula jam 8.00 malam.
Persatuan baharu tersebut adalah Kelab Bola Sepak Beres, Kelab Kecergasan Aerobik Gelora, Love Aerodance Fitness Club dan Persatuan Orienteering Pahang. Penyampaian Sijil Penghargaan telah disampaikan oleh YB Chan Chun Kuan bersama Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang. Penubuhan persatuan-persatuan baharu ini menunjukkan usaha komuniti untuk bergerak aktif terutamanya dalam pengurusan sukan bagi menjadikan lebih bersistematik.
JBS Negeri Pahang mengucapkan tahniah di atas penubuhan persatuan-persatuan tersebut dan semoga aktif dalam penganjuran aktiviti dan program.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 101
