KUANTAN, 15 Jun – Pandan Damai Soccer Kids Football Club (PDSKFC) telah menerima Sijil Penghargaan dan beberapa peralatan sukan sempena Program Siaran Langsung ‘Big Screen’ Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Solomon Island telah diadakan semalam di T-Station, Jalan Pintasan Kuantan bermula jam 8.00 malam.
Kelab ini yang telah ditubuhkan daripada tahun 2015 lagi khusus bagi melatih dan mencari bakat-bakat di kalangan anak-anak kecil dan mempunyai kira-kira 230 pemain berdaftar di bawah pimpinan Encik Fakhrudin Amirudin. Antara objektif kelab ini juga adalah untuk melahirkan pelapis-pelapis baharu kepada pemain sedia ada dan juga membawa pemain-pemain ke peringkat yang lebih tinggi. Ibubapa para pemain-pemain kelab ini juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam membenarkan penyertaan anak-anak mereka di dalam sukan bola sepak. Penyampaian Sijil Penghargaan telah disampaikan oleh YB Chan Chun Kuan bersama Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang.
Semoga PDSKFC terus cemerlang!
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 166
