RAUB, 2 Jun – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Raub telah melaksanakan Program Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Peringkat Daerah Raub 2023 bermula pada jam 5.00 petang pada 1 Jun yang lalu.
Program yang mendapat kerjasama daripada Malaysia Swimmers and Swimming Coaches Association (MASWIM) ini akan dijalankan sebanyak 12 sesi iaitu dua sesi pada setiap hari Khamis dan Sabtu tiga minggu berturut-turut. Latihan berpusat di RNJ Swimming Academy, Jalan Tengku Abdullah, Raub. Seramai 40 orang peserta berumur 6 hingga 12 tahun telah mendaftar dan memulakan latihan.
Latihan ditamatkan pada sekitar jam 6.45 petang. Rata-rata peserta teruja dan gembira kerana dapat terlibat di dalam program yang mendatangkan manfaat apabila mahir berenang nanti.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali
Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali
PBSD Raub
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 181
