PEKAN, 29 Mei – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan telah menerima kunjungan hormat dari Ahli Jawatankuasa baru Persatuan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Chini 03 seramai tiga orang.
Mewakili persatuan yang hadir terdiri dari Naib Pengerusi Encik Nasrul Naim bersama Setiausaha dan Bendahari persatuan tersebut. Perjumpaan ini diadakan bertujuan bagi menjalinkan hubungan baik agar kelangsungan kerjasama dalam merancang dan menjayakan program akan datang dapat dilaksanakan dengan lancar. Beberapa perancangan telah dibincangkan dan perkongsian pandangan juga menjadi topik utama dalam perjumpaan ini.
Semangat yang diberikan ini dalam usaha mengaktifkan persatuan amat dialu-alukan supaya bakat belia di akar umbi dapat digembelingkan dalam masyarakat untuk manfaat bersama.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Mohd Noor Marikan Mat Nasir
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 110
