KUANTAN, 6 Jun – Pelbagai kenangan indah telah dicatatkan oleh Skuad Taekwon-do Negeri Pahang (MGTF) di Kejohanan Taekwon-do MGTF Kebangsaan yang telah diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Kejohanan selama dua hari ini iaitu pada 3 hingga 4 Jun telah menghimpunkan hampir kira-kira 1,000 peserta dan hadirin yang telah mengambil bahagian dan memberikan sokongan terhadap para peserta. Skuad tersebut telah membawa pulang pungutan 21 pingat emas, 19 pingat perak dan 15 pingat gangsa. Skuad tersebut juga telah mendapat tempat Naib Johan bagi acara Tali Pinggang Hitam. Penyertaan di kalangan para peserta iaitu pelajar sekolah sehingga umur 30-an bagi skuad ini telah membawa kejayaan cemerlang dan membanggakan. Kejohanan telah dirasmikan oleh Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiusaha, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Tahniah kepada Master Dr. Ang Kee Wah di atas segala keprihatinan dalam mempersiapkan skuad ini menghadapi kejohanan tersebut. Semoga kejayaan terus melakari Persatuan Taekwon-do Negeri Pahang (MGTF).
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 156
