MARAN, 15 Jun – Majlis Belia Felda Wilayah Jengka (MBFJ) dipilih menjadi rakan strategik bagi program FOMEMA Liga Amatur Pahang untuk daerah Maran.
Kejohanan Liga Amatur Pahang pada edisi kali ini menampilkan Syarikat FOMEMA dan disokong oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang yang bakal menambahkan keterujaan dan kualiti sepanjang kejohanan ini berlangsung. Untuk makluman, Liga Amatur Pahang ini bertaraf Liga M5 melibatkan empat daerah sahaja iaitu Kuantan, Jerantut, Temerloh dan Jengka yang menawarkan hadiah berupa wang tunai 10,000 ringgit, piala serta medal. Bagi daerah Maran perlawanan pertama telah dimulakan pada 3 Jun yang lalu ini bakal berlanjutan selama tujuh minggu dan dijangka berakhir pada pertengahan bulan Julai. Encik Ahmad Faizal Sulaiman, Pengerusi Majlis Felda Wilayah Jengka berkata terdapat 7 pasukan yang bertanding untuk daerah Maran iaitu Parot FC, Sri Kenanga FC, Jerantut ARFC, Eryna Tomyam FC, Real Anak Bilis, Jengka City FC dan Winstep FC. Padang Felda Jengka 17 menjadi ‘venue’ untuk perlawanan liga manakala bagi perlawanan peringkat suku akhir dan seterusnya akan diadakan di Stadium Tun Abdul Razak Bandar Jengka. MBFJ bersama seluruh ‘team’ jawatankuasa telah menyumbangkan aset dan tenaga kerja bagi venue perlawanan di Wilayah Jengka.
Selamat bertanding diucapkan kepada semua pasukan. PBSD Maran menyokong penuh setiap program yang membudayakan sukan untuk semua. Tahniah MBFJ !
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Saniah Zainal
PBSD Maran
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 165
