ROMPIN, 19 Mei – Program Ambang Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Rompin 2023 telah dimulakan dengan Majlis Bacaan Yassin di Majis Al-Hidayah Felda Keratong 07 pada 11 Mei yang lalu.
Majlis anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin dan Majlis Belia Daerah (MBD) Rompin ini turut dibantu Persatuan Belia (MBFM) Keratong 07 dalam memastikan majlis berjalan lancar. Majlis diadakan antara waktu solat Maghrib dan Isyak dan bacaan telah dipimpin oleh Encik Wan Norman Shah Wan Kamarulzaman, Imam Satu (1) Masjid Al-hidayah Felda Keratong 07. Seramai 60 orang Jemaah yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur telah imarahkan majlis ini. Jamuan ringkas turut diselitkan setelah selesai solat Isyak bagi menghargai setiap jemaah yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis ini.
Semoga aktiviti sebegini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan mengeratkan silaturrahim sesama insan.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:
Nor Amira Amalina binti Che Ibrahim
PBSD Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 105
