KUANTAN, 12 Mei – Pegawai Pemeriksa Aset Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah diarahkan untuk melaksanakan pemeriksaan Aset Alih Kerajaan bagi tahun 2023.
Pemeriksaan diketuai oleh Puan Norsuzila Ernie Zinuddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin, Cik Siti Alifah Hamzah dan pegawai dari Unit Pengurusan Aset (UPA) Jabatan telah ke lokasi pertama di PBSD Maran bagi memeriksa keadaan aset dari segi fizikal, rekod dan penempatan aset di lokasi.
Tujuan pemeriksaan adalah untuk mengetahui keadaan dan prestasi aset, memastikan rekod aset sentiasa dikemaskini dan memastikan aset berada di lokasi sama seperti yang tercatat dalam daftar.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Abdul Rahman Abdul Aziz
Bahagian Pentadbiran
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 151
