PEKAN, 17 April – Sempena menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan telah mula membuat persiapan secara sederhana bagi meraikan bulan Syawal yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi.
Hadir bersama dalam Persiapan ini iaitu oleh Puan Rozita Barudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan bersama warga kerja PBSD Pekan.Tujuan utama aktiviti ini dilakukan secara bersama-sama adalah untuk lebih memeriahkan suasana di dalam pejabat dan sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim umat Islam. Persiapan menjelang Aidilfitri ini sudah semestinya menjadi lumrah dan kelaziman masyarakat di negara kita. Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan menjadi lebih bermakna sekiranya disambut secara sederhana kerana bersederhana dalam kehidupan adalah amalan terbaik bagi mengawal diri daripada berlebih-lebihan.
Semoga suasana yang meriah ini tidak akan disia-siakan agar lebaran yang akan diraikan akan menjadi kenangan yang indah.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Mohd Noor Marikan Mat Nasir
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 105
