BENTONG, 4 April – Satu taklimat berkaitan program pembangunan belia telah diadakan oleh Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang pada 30 Mac lalu secara atas talian menggunakan platform ‘Google Meet’ melibatkan pegawai Unit Belia di peringkat Jabatan dan Daerah.
Encik Mohd Badri Dainial, Pegawai Belia dan Sukan bersama Encik Azhari Razlli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong mengikuti taklimat tersebut yang dipengerusikan oleh Encik Shafrul Haji Kadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia JBS Negeri Pahang. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk mengetahui perancangan program belia yang telah disusun merangkumi Unit Sosial, Sahsiah dan Ekonomi. Ianya membolehkan persediaan lebih awal dilakukan bagi memastikan setiap program berjaya dilaksanakan sepertimana yang dirancang.
Antara program yang dijadualkan bakal dilaksanakan di peringkat daerah Bentong pada tahun ini ialah Ambang Hari Belia Negara dan Program Youth to Youth (Y2Y) serta pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bagi kategori pertubuhan, individu lelaki dan wanita.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Azhari Razlli
PBSD Bentong
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 130
