KRMSA ROMPIN, 15 Mac – Bermula pada minggu pertama bulan Mac 2023, daerah Rompin telah mengalami hujan lebat berterusan sehingga mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air dan dilanda banjir. Antara kawasan yang terjejas adalah seperti Ladang Teh Dara Muadzam Shah, Kampung Bukit Serok, Kampung Kasing, Kampung Denai, Kampung Pianggu dan Kampung Tanam.
Pada minggu kedua, keadaan cuaca mulai cerah dan bertambah baik dapat membantu kawasan banjir kembali pulih serta air banjir mulai surut. Pada 08 Mac yang lalu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin bersama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah menganjurkan Program Pasca Banjir Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) di Sekolah Kebangsaan (SK) Pianggu yang memerlukan bantuan tenaga kerja untuk proses pembersihan dan pemulihan. Seawal jam 10.00 pagi, Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pengurus Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin (KRMSAR) bersama Encik Syawal Jamian, Encik Safian Md Rasid dan Tuan Syed Zulkifli Syed Mohamad telah menyumbangkan tenaga bagi menjayakan program ini di sekolah berkenaan. Proses pembersihan di empat buah blok yang melibatkan kelas, stor barangan, makmal komputer, makmal sains serta kawasan lobi dan koridor berjaya dilaksanakan dengan kehadiran lebih dari 30 orang sukarelawan dari pelbagai agensi. Pihak pengurusan SK Pianggu amat berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudi membantu.
Turut hadir bersama dalam program ini ialah warga kerja JBS Negeri Pahang, pegawai dan kakitangan PBSD Rompin, guru dan kakitangan SK Pianggu, wakil dari Majlis Belia Daerah Rompin, warga kerja Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Rompin serta SATRIA dari daerah Rompin dan Kuantan.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Siti Alifah Hamzah
KRMSA Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 185
