TEMERLOH, 3 Mac – Pada 22 Februari yang lalu, Mesyuarat Tapak Bilangan 1 Tahun 2023 telah diadakan bagi Projek Kerja-kerja Naik Taraf Gelanggang Futsal Kampung Bolok Hulu - Sokmek, Lanchang Temerloh di Bilik Mesyuarat Bangunan Persekutuan Temerloh.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang. Agenda mesyuarat membincangkan progress kerja-kerja naik taraf yang telah dijalankan, perancangan kerja mengikut jadual, isu-isu yang berbangkit seperti kelewatan yang boleh menjejaskan progress kerja serta cadangan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Kerja-kerja dijalankan mengikut perancangan dan beberapa isu-isu akan cuba diatasi dengan efisien.
Turut hadir dalam mesyuarat ialah Encik Najhan Mohamed dari Unit Pembangunan, Encik Azmi Othman dan Encik Azmey Azaini dari PBSD Temerloh, Pengurus dari Perunding Eja dan wakil Kontraktor dari Ligat Amat Enterprise.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Siti Sabariah Che Ariffin
PBSD Temerloh
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 140
