- JBS Pahang
- Hits: 152
WARGA KERJA PBSD PEKAN HADIR BENGKEL PEMURNIAN DAN PENGURUSAN PROGRAM JBS NEGERI PAHANG TAHUN 2023
PEKAN, 9 Februari – Warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan telah hadir ke Bengkel Pemurnian Pengurusan dan Program Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pahang yang telah diadakan pada 4 hingga 5 Februari yang lalu bertempat di Kompleks Rakan Muda (KRM) Raub melibatkan Pegawai dan Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang seramai 70 orang. Pengisian bengkel tersebut adalah Taklimat Pembangunan, Taklimat Pentadbiran dan Kewangan, Taklimat Pencegahan Rasuah dan Bahagian Belia, Sukan, Rakan Muda dan Kompleks Rakan Muda. Bengkel ini bertujuan mengenalpasti, isu dan cabaran yang dihadapi dan menambahbaik untuk mencapai misi, visi dan objektif yang telah ditetapkan. Semoga dengan penganjuran bengkel ini dapat memotivasikan warga kerja PBSD Pekan ke arah penghasilan kerja yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Faizal Bakar
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 152
