- JBS Pahang
- Hits: 192
MESYUARAT JAWATANKUASA KELAB KELUARGA DAN KEBAJIKAN JBS NEGERI PAHANG BILANGAN 1 TAHUN 2023
KUANTAN, 19 Januari – Kelab Keluarga dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bilangan 1 Tahun 2023 pada 19 Januari yang lalu. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Shafrul Haji Kadir, Yang DiPertua Kelab Keluarga dan Kebajikan JBS Negeri Pahang. Pelbagai penambahbaikan pengurusan kelab telah dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut. Turut dibentangkan adalah perancangan program dan aktiviti bagi tahun 2023. Kelab Keluarga dan Kebajikan JBS Negeri Pahang juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2023 dan semoga semua ahli-ahli beroleh keberkatan di dalam pekerjaan, keluarga mahupun kehidupan masing-masing pada tahun ini. Ahli Jawatankuasa Kelab akan cuba memberikan yang terbaik bagi memastikan ahli-ahli mendapat manfaat.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 192
