RAUB, 16 Disember – Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa dan Perak Peringkat Negeri Pahang Tahun 2022 telah selesai dilaksanakan di Dewan Utama Kompleks Rakan Muda Raub pada 26 November yang lalu. Objektif utama majlis ini adalah sebagai pengiktirafan untuk remaja yang komited dalam melaksanakan program ARPRM disamping memberi suntikan semangat untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Penerima pada kali ini merupakan para pelajar dari SMA Al-Falah, Batu Talam, SMA Al-Ulum Ad Diniah, Dong, SMK Muadzam Jaya, SMK Rompin Permai, SMK Jengka Pusat, SMK Abu Bakar, Maahad Thafiz Turath, Balok dan Persatuan Pandu Puteri Daerah Pekan. Majlis Pentauliahan telah disampaikan oleh Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang bersama Encik Mohd Nazri Yahya Pegawai Bahgaian Pembangunan Rakan Muda, JBS Negeri Pahang. Diharapkan dengan adanya majlis pentauliahan ini akan dapat memberi lebih rangsangan kepada peserta untuk terlibat dalam program yang dianjurkan dan seterusnya membina jatidiri pelajar yang berhemah serta disegani.
Disediakan oleh:-
Azroyana Ullmahayu Mohd Rozin
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Mohamad Haji Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 158
