ROMPIN, 23 Nov – Lawatan Pemeriksaan Aset telah dijalankan oleh Pegawai Pemeriksa Aset daripada Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang, Encik Sophian Tukiman dan Encik Muhamad Syafiq Azman di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin hari ini. Pemeriksaan ini turut dibantu oleh warga PBSD Rompin yang bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan aset dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Pemeriksaan berjalan dengan lancar dan keseluruhan aset telah diperiksa serta diklasifikasikan dengan baik. Pihak pejabat ini mengucapkan terima kasih atas lawatan yang telah diadakan oleh pihak Pegawai Pemeriksan Aset. Semoga setiap aset yang diamanahkan oleh kerajaan terus dijaga dan dimanfaat dengan sebaik mungkin.
Disediakan oleh:
Nor Amira Amalina binti Che Ibrahim
PBSD Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 120
