- JBS Pahang
- Hits: 128
SAMBUTAN HSN DAERAH TEMERLOH 2020 DAN ‘FIT FOREVER’ DAERAH TEMERLOH DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA
TEMERLOH, 17 Nov – Hari Sukan Negara (HSN2022) yang telah berlangsung pada 7 hingga 9 Oktober yang lepas turut disambut dengan meriah di Temerloh. Selain itu, Program Fit Forever juga diadakan pada hari yang sama berjaya menarik penglibatan komuniti setempat, Jabatan Kerajaan, swasta, NGO dan pelajar sekolah-sekolah berdekatan. Antara acara yang telah berlansung adalah Fun Walk, Senamrobik, Fitness Challenge, Pertunjukan Seni Bela diri iaitu Taekwando, Silat dan Silambam, Sukaneka, Acara Mari Mencuba dan banyak lagi. Selain itu, turut diadakan Pameran dan Promosi Kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh. Pelancaran Hari Sukan Negara dan Fit Forever Peringkat Daerah Temerloh telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Temerloh, Dato’ Ali Shahbana Sabaruddin. Turut Hadir Encik Azmi Othman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Temerloh, Encik Ahmad Shahril Yahya, Penolong Pegawai Daerah Temerloh, Encik Akmal Tamili, Pengerusi Majlis Belia Daerah Temerloh,Ketua Jabatan Daerah Temerloh, Penghulu dan juga semua staf Pejabat Belia dan Sukan Daerah Temerloh bagi memeriahkan lagi program. Keseluruhanya Program berjalan lancar dengan jayanya.
Disediakan oleh:-
Siti Sabariah Che Ariffin
PBSD Temerloh
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 128
