KUANTAN, 13 Oktober – Program Malaysia Little League 2022 telah berlangsung selama dua hari iaitu 28 hingga 29 September di Padang UniPSAS. Sebanyak dua kategori yang melibatkan lapan pasukan Kategori Bawah 12 tahun dan lapan pasukan bagi Kategori Bawah 16 tahun telah menyertai pertandingan tersebut. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang telah berjaya.
Bawah 12 Tahun
Johan : SK Sg Isap Murni
Naib Johan : SK Sg Karang
Tempat Ketiga bersama: SK Tunku Azizah dan SK (LKTP ) Bukit Goh
Bawah 16 Tahun
Johan – SMK Mat Kilau
Naib Johan -SMK Sungai Soi
Tempat Ketiga bersama -SMK Tengku Panglima Perang dan SMK Beserah
Program anjuran PBSD Kuantan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan ini telah mendapat sambutan luar biasa dengan sokongan yang padu dari pelbagai pihak. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Tuan Haji Rusdi Abd. Halim wakil Pegawai Daerah Kuantan dan turut hadir Encik Mohd Yusof Md Said, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan.
Disediakan oleh:-
Haji Osman Haji W.Bukhari
PBSD Kuantan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 94
