TEMERLOH, 15 Nov – Program 1000 Liga Daerah Temerloh bagi acara Petanque telah berlangsung pada 24 September yang lalu di Gelanggang Petanque, Dataran Tok Gajah. Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Temerloh dan Persatuan Petanque Daerah Temerloh. Seramai 105 orang peserta mula menghadirkan diri sejak awal-awal pagi lagi bagi menunjukkan bakat dan kemahiran tersendiri dalam usaha untuk memenangi pertandingan ini. Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk melatih belia tempatan menyertai aktiviti sukan sekaligus membudayakan sukan di kalangan belia sehingga ke peringkat akar umbi. PBSD Temerloh mengucapkan setinggi-tinggi penghargaa kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan yang telah berjaya dijalankan dengan lancar. Tahniah dan syabas!!!!
Disediakan oleh:-
Siti Sabariah Che Ariffin
PBSD Temerloh
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 116
