ROMPIN, 23 September – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Rompin akan menganjurkan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Rompin 2022 buat seluruh warga Rompin. Kesemuanya dibawa khas ke bumi Rompin. Pelbagai acara dan aktiviti menarik menanti anda. Jangan lepaskan peluang memenangi hadiah-hadiah menarik cabutan bertuah seperti TV 56’, basikal berjenama, barangan elektrik dan pelbagai lagi. Penyertaan aktiviti HBN Peringkat Daerah Rompin Masih dibuka. Pelbagai aktivit menarik diadakan antaranya Fun Ride 20km / Run 3km, Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, Pertandingan Pakaian Tradisional, Pertandingan Gusti Lengan, Pertandingan Pendeklemasian Sajak, Pertandingan Bolasepak Penalti, Pertandingan Bolasepak 7 Sebelah (bawah 9 tahun), Pertandingan Penalti Shoot Bola Jaring, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak 5 dan 6 tahun dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Tidak lupa juga pameran daripada agensi kerajaan dan swasta, jualan pelbagai produk dan pertunjukan seni bina diri. Ayuh Warga Rompin, sama-sama semarakkan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Rompin 2022 yang akan berlangsung pada 24 September 2022 bertempat di Dataran Kuala Rompin.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:-
Noorul Ain Kamar Zaman
PBSD Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 205
