KUANTAN, 13 September – Tahniah kepada pasukan dart Kelab Keluarga dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang yang telah memenangi tempat ketiga pada Kejohanan Sukan Agensi Kerajaan & Badan Berkanun Daerah Temerloh yang telah dianjurkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh pada 2 hingga 3 September yang lalu. Walaupun menghadapi saingan yang sengit dengan hampir berbelas pasukan yang bertanding namun, pasukan ini telah berjaya mengekalkan momentum sepanjang kejohanan tersebut. Pasukan beregu campuran yang berjaya mendapat tempat ketiga ini dianggotai oleh Encik Hairul Azhar Abd Rahim dan Cik Nurul Addawiyah Mohd Zakeri. Majlis Penyampaian Hadiah telah dijalankan pada 3 September, jam 5.00 petang. Semua kontinjen yang menyertai acara ini sangat teruja untuk kembali pada tahun seterusnya.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 220
