- JBS Pahang
- Hits: 135
PROGRAM RMDO EXPLORASI CINTA ALAM DI GUA JEBAK PUYUH GUNUNG SENYUM BERJAYA CAPAI MATLAMAT
TEMERLOH, 13 September – Program Rakan Muda Day Out (RMDO) ‘Eksplorasi Cinta Alam’ Peringkat Daerah Temerloh 2022 telah dianjurkan bersama oleh Pejabat Belia dan Sukan (PBSD) Temerloh dan Kelab Belia Ketam Peragap, Kerdau baru-baru ini. Program yang disertai seramai 78 orang telah berjaya memasuki Gua Jebak Puyuh, Gunung Senyum pada 2 September yang lalu. Program dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah Temerloh diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dan impak aktiviti manusia terhadap hutan dan gua-gua di Gunung Senyum yang banyak mempunyai nilai sejarah dan sepatutnya dipelihara dengan sebaiknya dan menjadi tanggungjawab bersama semua pihak bagi keindahan ala mini diwarisi oleh generasi seterusnya. Program telah berlangsung dengan lancar sehingga selesai dan rata-rata peserta berpeluang menikmati keindahan panorama alam semulajadi.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:-
Siti Sabariah Che Ariffin
PBSD Temerloh
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 135
