KUANTAN, 24 Ogos – Persatuan Taekwon-do Negeri Pahang (MGTF) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Ulangtahun Ke-42 pada 20 Ogos yang lalu. Penganjuran majlis ini telah diadakan di Hotel Mega View, Kuantan dengan penyertaan ahli-ahli persatuan dan tetamu jemputan. Encik Mohamad Suhaizan Selamat, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah hadir mewakili JBS Negeri Pahang. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah YH Dato’ Grand Master Ts Amir Md Noor, Presiden Persekutuan Taekwon-do Global Malaysia (MGTF) yang merupakan mantan Ketua Pengarah Kolej Komuniti & Politeknik Malaysia. Majlis juga merupakan penghargaan kepada semua Jabatan, Agensi serta individu yang sentiasa membantu persatuan ini dalam melaksanakan program dan aktiviti. Persatuan ini juga antara persatuan yang aktif membantu penganjuran program JBS Negeri Pahang dan yang paling terkini adalah kerjasama bagi penganjuran Program Active@Martial Arts 2022 Negeri Pahang. Semoga persatuan ini terus kekal aktif dan menjadi contoh kepada persatuan-persatuan sukan yang lain.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 176
