ROMPIN, 19 Ogos – Program W-Fit@Community 2022 Jom Sihat Jalan Kaki Bakar Kalori yang melibatkan peserta wanita telah dilaksanakan di Pantai Hiburan, Kuala Rompin pada 13 Ogos lalu. Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Daerah Rompin ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada golongan wanita di daerah ini dengan penglibatan mencecah 115 peserta. Aktiviti Berjalan Kaki ini adalah aktiviti berjalan berjalan ramai-ramai sejauh lebih 5km yang melibatkan laluan pantai menghala ke Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam dan berakhir semula di pantai. Program ini khusus diadakan bagi memperkasakan wanita dan diadakan secara santai agar semua peringkat umur dapat menyertainya. Antara aktiviti yang turut diadakan adalah Senamrobik untuk sesi regangan dan Cabutan Bertuah. Program juga dibantu oleh pihak RELA bagi memastikan keselamatan peserta sepanjang aktiviti berjalan kaki berlangsung. Program yang bermula pada jam 7.00 pagi ini telah berakhir sekitar jam 9.30 pagi dengan sesi penyampaian Cabutan Bertuah. Semoga golongan wanita di daerah ini terus mengamalkan gaya hidup sihat dan diberi perhatian dalam memastikan kesihatan mental dan fizikal mereka terjaga.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:-
Nor Amira Amalina Che Ibrahim
PBSD Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 161
