- JBS Pahang
- Hits: 205
MESYUARAT PENGISIAN AKTIVITI Y-FESTIVAL SEMPENA HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH KUANTAN
KUANTAN, 8 Ogos - Mesyuarat pengisian aktiviti Y-Festival (HBN) 2022 Peringkat Daerah Kuantan bertempat di Bilik Ranting Pengakap Kuantan telah dipengerusikan oleh Puan Basyirah Zulkifli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan yang turut dihadiri oleh Encik Mohd Zharif A Rahim, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuantan dan beberapa Jawatankuasa MBD Kuantan serta Encik Asmawi dari Pertubuhan Pengakap serta semua warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuantan. Y-Festival tersebut bertemakan Patriotisme & Kemerdekaan dan berteraskan enam segmen iaitu modal insan, ekonomi, daripada belia untuk belia, gaya hidup aktif, seni kreatif dan digitalisasi dan kenegaraan dan patriotisme. Y-Festival ini dijangka akan berlangsung pada bulan 18 hingga 22 Ogos 2022 bertempat di dua lokasi iaitu aktiviti Fun Walk bersama dengan Majlis Bandaraya Kuantan (Car Free Day) dan aktiviti lain semua di Telok Chempedak. PBSD Kuantan telah mendapat sokongan padu dari MBD dan pengakap dalam mengendalikan Y-Festival tersebut.
Disediakan oleh:-
Haji Osman bin Haji W. Bukhari
PBSD Kuantan
Disunting Oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 205
