ROMPIN, 20 Julai – Karnival Belia dan Sukan Pahang 2022 dirancakkan dengan Forum Perdana: Mana Bro? #IniMasaKita yang berlangsung di Padang Kemunting dengan kehadiran dua orang panel jemputan yang hebat iaitu Ustaz Dato’ Haji Badli Shah Haji Alauddin dan Ustaz Mohd Erfino Johari. Turut hadir bersama mendengar Forum ini ialah YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin. Topik yang dibincangkan sangat bermanfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan belia masa kini. Semoga perkongsian yang memfokuskan kepada keperibadian belia ini dapat menyuntik semangat positif dalam diri belia. Ini Masa Kita untuk menjadi Keluarga Malaysia yang Prihatin pada diri, agama, bangsa dan negara.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:-
Noorul Ain Kamar Zaman
PBSD Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 332
