KUANTAN, 16 Ogos – Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang bersama Encik Mohd Shahrizan Robuan telah mengadakan lawatan dan kunjung mesra kepada pasukan ragbi SUKMA Pahang bertempat di Padang Ragbi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Perjumpaan selama lebih kurang hampir dua jam ini bersama 11 orang atlet dan Encik Nashriq, pengurus pasukan. Antara perkara yang dibincangkan semasa perjumpaan tersebut adalah persiapan dan perancangan pasukan bagi menghadapi Temasya SUKMA XX MSN 2022 yang akan dilangsungkan pada bulan September nanti. Lawatan ini juga merupakan ruang untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman memandangkan Pengarah juga merupakan pengadil dan pemain ragbi kebangsaan. Semoga lawatan dan perbincangan ini dapat memberikan semangat kepada ahli-ahli pasukan dalam usaha untuk meraih tempat di temasya nanti. Ayuh, Pahang 1st!!!
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 157
