- JBS Pahang
- Hits: 195
KGBC WAKIL TUNGGAL DAERAH PEKAN SERTAI MSL BADMINTON BERPASUKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG
PEKAN, 3 Ogos – KGBC pasukan dari Daerah Pekan telah berentap dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Negeri Pahang 2022 yang telah diadakan pada 30-31 Julai bertempat di Gelanggang Sukan Majlis Daerah Bera, Padang Luas. Sebanyak 18 pasukan dari 11 daerah di negeri Pahang telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Pasukan KGBC terkandas di peringkat suku akhir apabila tewas bertemu pasukan Bera B. Pasukan KGBC telah memberikan komitmen dan semangat juang yang tinggi dalam kejohanan tersebut. Semoga pengalaman ini dapat menyuntik semangat juang untuk menang di masa-masa yang akan datang.
#towardshsnpahang2022
Disediakan oleh:-
Faizal Bakar
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 195
