PEKAN, 27 Julai – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan kini menerima kehadiran seorang pelatih dari Kolej Poly-Tech Mara Bangi iaitu Encik Fatullah Fakhrul Mohamed Rosli. Beliau yang sedang mengikuti pengajian di dalam bidang Pengurusan Sukan kini akan menjalani latihan industri di PBSD Pekan selama empat bulan bagi menimba ilmu dan pengalaman baru dalam dunia pekerjaan seiring dengan bidang pengajian yang diceburi. Beliau akan didedahkan mengenai pengurusan program Belia, Sukan dan Rakan Muda serta pengurusan dan pentadbiran. Semoga beliau dapat bekerjasama dan menyumbang bakti bersama-sama warga kerja PBSD Pekan yang lain dan membawa ilmu yang ditimba sepanjang berada disini ke tempat selanjutnya beliau akan ditempatkan kelak. Selamat bertugas!
#towardshsnpahang2022
Disediakan oleh:-
Faizal Bakar
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 139
