- JBS Pahang
- Hits: 113
IMBASAN MESYUARAT PERSIAPAN MSL2022 BADMINTON BERPASUKAN PERINGKAT DAERAH KUANTAN
KUANTAN, 21 Jun – Encik Azian Ali mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Bilangan 2 Tahun 2022 bagi Program Fit & Active Family 2022 Peringkat Negeri Pahang yang telah diadakan jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Ibu Pejabat Markas Briged Tenggara Kem Bukit Galing, Kuantan. Mesyuarat telah membincangkan persiapan program secara teperinci dengan ahli mesyuarat dan pasukan Gerakan Am (PGA). Bagi memeriahkan program ini, PBSD Kuantan juga dengan sukacitanya akan menganjurkan Pertandingan Badminton Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Kuantan yang dijadualkan akan berlansung pada 18 Jun 2022 bertempat di Dewan Tan Sri Mansor, Briged Tenggara Kem Bukit Galing. Pertandingan ini akan dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Sasaran penyertaan kepada golongan belia dan juga kelompok yang berkeluarga tentang pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Haji Osman Haji W Bukhari, PBSD Kuantan
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 113