ROMPIN, 28 Jun – Program Let's Get Fit Peringkat Negeri Pahang Siri 3 telah berlangsung di Dewan Pusat Intelek Pelajar Orang Asli Rompin. Instruktur Kecergasan yang bertugas ialah KBSI Norliza Kamarudin. Seramai 55 orang peserta terlibat di dalam program ini yang berlangsung selama satu jam bermula 5.30 petang yang melibatkan aktiviti kecergasan senamrobik. Program ini bertujuan memperkasa penglibatan masyarakat dalam program kecergasan di samping mengukuhkan jalinan kerjasama di kalangan rakan strategik selaras dengan hasrat Malaysia sebagai ‘Sporting Nation’. Semoga program Let's Get Fit ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang kerana ia memberi impak positif kepada masyarakat tanpa mengira bangsa, agama mahupun peringkat umur melalui penganjuran program ini.#towardshsn2022pahang Disediakan oleh:-Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin. Disunting oleh:-Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 183
