KUANTAN, 28 Jun – Daerah Kuantan membawa sejumlah peserta terbanyak iaitu seramai 12 orang yang terdiri daripada wakil PBSD Kuantan, wakil Badan Operasi, Mentor, Pemimpin, dan juga Peserta ARPRM Daerah Kuantan hadir dalam Program Prolog Sistem Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bertempat di Makmal Komputer Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Semambu bermula jam 8.00, 23 Jun 2022 yang lalu. Program Prolog ARPRM ini telah dirasmikan oleh Encik Mu’azamir Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan Sistem Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda secara atas talian yang dijangkakan akan dilancarkan awal bulan Januari 2023. Turut hadir dalam program adalah Ustaz Muhammad bin Hamdan, guru penyelaras Program ARPRM Maahad Tahfiz Turath, Saudara Liew Ching Kang, wakil YMM Daerah Kuantan, Loong Wei Quen, wakil Badan Operasi Persatuan Taekwon-do Daerah Kuantan (GTF), Saudara Muhammad Zairul Irsyad, mentor dan pemimpin ARPRM Daerah Kuantan, dan juga para peserta ARPRM tahap gangsa, perak, dan emas yang berdaftar di bawah Badan Operasi PBSD Kuantan. Tahniah diucapkan kepada Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang atas kelancaran program, dan terima kasih diucapkan kepada Puan Nur Hasyiqin Mohd Ali Othman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara atas sesi perkongsian ilmu tersebut.#towardshsn2022pahang Disediakan oleh:-Haji Osman Haji W Bukhari, PBSD. Kuantan Disunting oleh:-Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 129
