KUANTAN, 21 Jun – Gandingan seramai 25 orang pemimpin muda dan pemimpin berpengalaman dari semenanjung melalui Program Eksplorasi Pemimpin ARPRM telah dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Danz Eco Resort Taman Negara. Matlamat utama pelalsanaan program ini adalah bagi mencari rencah dalam membentuk dan melahirkan generasi berkualiti melalui program ikonik KBS iaitu ARPRM yang telah bertapak di Malaysia sejak 1994. Uniknya program kali ini berkonsepkan mentor-mentee dan dilaksanakan secara santai bagi memberi ruang kepada pemimpin baru dan berpengalaman bertanya, berkongsi dan bertukar pendapat. Turut hadir bersama mencari idea dalam menghasikan rencah pemimpin ARPRM yang berkualiti ialah Pn. Nur Hashiqin M.Ali Othman @ M.Ali, Penolong Pengarah, Unit Latihan dan Pentauliahan, Jabatan Belia dan Sukan Negara. JBS Pahang diwakili oleh Puan Azroyana Ullmahayu Mohd Rozin selaku Pemimpin ARPRM dan Pegawai Pembangunan Potensi, Bahagian Pembangunan Rakan Muda. Dengan usaha ini diharapkan dapat terus dipromosikan ke peringkat akar umbi. melalui pemimpin baru yang amanahkan untuk membentuk generasi berkualiti.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Azroyana Ullmahayu Mohd Rozin, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 142
