PEKAN, 28 Jun – Puan Esmeralda Farah Kazaruddin, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah turun padang bersama-sama para peserta bagi menyokong pelaksanaan program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Pekan 2022. Untuk sesi kali ini sebanyak 100 anak pokok Bunga Tanjung dan Kelat Merah telah berjaya ditanam bagi mencapai objektif program untuk menanam pokok serta memelihara ekosistem. Semoga usaha daripada program ini dapat memperoleh hasil yang baik untuk generasi masa hadapan. Bagi generasi hari ini, jagalah ekosistem dan kehijauan bumi dengan baik supaya kurniaan ini dapat bertahan dalam jangka masa yang lebih panjang lagi. #towardshsnpahang2022Disediakan oleh:- Azroyana Ullmahayu Mohd Rozin, Bahagian Pembangunan Rakan Muda Disunting oleh:-Nor Dalilah Mohamad Haji Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 171
