KUANTAN, 21 Jun –Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Majlis Bandaraya Kuantan rancak mengatur gerak kerja bagi penyelarasan Karnival Belia dan Sukan sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang 2022 dalam satu sesi mesyuarat yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Majlis Bandaraya Kuantan pada 15 Jun 2022 yang lalu. Mesyuarat penyelarasan tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang. Pelbagai pandangan dan pendapat serta idea telah diperbincangkan sepanjang mesyuarat tersebut. Penganjuran karnival dilihat amat meriah dengan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan dan diharapkan agar dapat direalisasikan sebaik mungkin bagi memberi manfaat kepada komuniti setempat.Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Tuan Haji Osman Haji W Bukhari wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuantan, wakil jabatan-jabatan dan agensi kerajaan, serta persatuan-persatuan sukan.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Haji Osman Haji W Bukhari, PBSD Kuantan
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 193
