KUANTAN, 20 Jun – Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan Komuniti Permatang Badak (KOMPAB) yang telah memenangi Johan dan juga pasukan Sepak Takraw Indera Mahkota (STIM) yang memenangi kedudukan Naib Johan dan akan mewakili daerah Kuantan di Pertandingan Sepak Takraw MSL Peringkat Negeri Pahang bakal diadakan Julai nanti. Sebanyak 32 regu telah memeriahkan Pertandingan Sepak Takraw Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Daerah Kuantan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Sepak Takraw, UIA Indera Mahkota Kuantan semalam. Perlawanan sengit yang telah disaksikan oleh para hadirin itu telah melabuhkan tirainya dengan jayanya pada jam 5.30 petang. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Sepak Takraw Daerah Kuantan atas kerjasama yang amat baik bagi menjayakan pertandingan pada kali ini.
Disediakan oleh:- Haji Osman Haji W Bukhari, PBSD Kuantan
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 167
