ROMPIN, 30 Mei – Kejohanan Futsal Lelaki sempena Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Daerah Rompin yang berlangsung di Gelanggang Futsal Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (JAKOA) telah melabuhkan tirainya. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Khairul Nizam Mohd Kamil, wakil YB Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Kawasan Tioman. Turut hadir sama ialah Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin. Johan dimenangi oleh pasukan Violento FC dan menerima hadiah sebanyak RM1,000.00 beserta medal dan hamper. Naib Johan pula dimenangi oleh pasukan PERTS A yang menerima hadiah sebanyak RM700.00 beserta medal dan hamper. Manakala Tempat Ke-3 Bersama iaitu pasukan PERTS B dan pasukan Manja Kali masing-masing membawa pulang hadiah sebanyak RM300.00. Hamper telah disumbangkan oleh Persatuan Bolasepak Daerah Rompin. Johan dan Naib Johan akan mewakili daerah Rompin ke kejohanan peringkat negeri yang bakal diadakan pada bulan Julai nanti dengan mempamerkan aksi-aksi menarik. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan yang tidak berjaya jangan kecewa dan berusaha lagi di masa akan datang.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 118