LIPIS, 7 Jun – Bahagian Teknikal Majlis Daerah Lipis telah membantu dari segi persiapan tempat bagi Kejohanan Bola Jaring MSL yang berlangsung pada 4 Jun 2022 bertempat di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis. Persediaan ini penting bagi memastikan acara kejohanan dapat dijalankan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Acara yang bakal berlangsung dijangka sengit. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Lipis selaku penganjur utama kejohanan mengucapkan selamat berjaya buat para pemain yang bakal bersaing nanti.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Norraziah Yaakub, PBSD Lipis
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 191
