- JBS Pahang
- Hits: 149
PROGRAM RMDO ‘GO GREEN’ SIRI I PERINGKAT DAERAH RAUB DIDIK PESERTA SAYANGI BUMI DAN EKOSISTEM
RAUB, 9 Jun – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Raub telah menganjurkan Program Rakan Muda ‘Day Out’ (RMDO) Go Green Peringkat Daerah Raub pada 4 Jun 2022 yang lalu bermula seawal jam 8.00 pagi. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Pejabat Perhutanan Daerah Raub dan Majlis Belia Daerah Raub di mana sebanyak 30 anak pokok pelbagai jenis telah disumbangkan bagi menjayakan aktiviti penanaman pada hari tersebut. Program yang bertempat di Kompleks Rakan Muda Raub ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Belia Lechar dan Persatuan Belia Pamah Kulat. Objektif utama program ini adalah bagi merealisasikan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di seluruh negara serta mendidik anak muda untuk sayangkan bumi kita. Rata-rata peserta teruja dengan program ini selain dapat menambah pengetahuan mengenai penjagaan bumi dan ekosistem bagi memastikan warisan ini dapat dinikmati oleh generasi masa depan.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali, PBSD Raub
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 149
