KUANTAN, 10 Jun – Program Let’s Get Fit telah dijalankan di Hotel Shahzan Inn pada 5 Jun 2022 yang lalu bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Penyertaan seramai 100 orang peserta telah memeriahkan program dengan aktiviti senaman dan kecergasan. Program ini merupakan program di bawah Unit Kecergasan Nasional, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang. Program ini melibatkan aktiviti kecergasan yang pelbagai seperti kick boxing, masalah bangra, aerobic dangdut, Zumba, tabata dan HIIT. Antara objektif pelaksanaan adalah menyokong matlamat Agenda Nasional Sihat Malaysia (ANSM) dalam menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan. Terima kasih kepada Kelab Sukan Kecergasan Aerodance Saief dan Saief Malaysia Fitness di bawah pimpinan Presiden, Tuan Haji Syaiful Anwar Ishak dalam pelaksanaan program ini yang mendapat sambutan yang baik dikalangan para peserta.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 207
