CAMERON HIGHLANDS, 2 Jun – Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Malaysia Sports League (MSL) 2022 peringkat Daerah Cameron Highlands telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands dan dipengerusikan oleh Encik Ahmad Fadzil Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands.Tujuan mesyuarat diadakan untuk menyelaras penganjuran MSL2022 peringkat Daerah Cameron Highlands melalui kerjasama daripada pelbagai agensi Kerajaan setempat dalam memupuk budaya sukan dikalangan masyarakat daerah ini. MSL2022 dijangka meriah dengan penyertaan ditambah pula sudah agak lama tiada kejohanan dan pertandingan sukan diadakan kerana pandemic Covid-19. Adalah diharapkan agar pasukan-pasukan yang bertanding dapat menunjukkan kesungguhan dalam mempamerkan aksi-aksi masing dalam edisi MSL2022 kali ini.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Fauzul Abdullah, PBSD Cameron Highlands
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 117
