KRMSA ROMPIN, 31 Mei – Pihak pentadbiran daerah Rompin telah menganjurkan Sambutan Rumah Terbuka Daerah Rompin bersama Jelajah Syawal RTM 2022 pada 26 Mei 2022 bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah Rompin. Sambutan ini adalah anjuran Majlis Daerah Rompin dan Pejabat Daerah dan Tanah Rompin dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta dikuasakan dengan PahangFM. Acara yang bermula pada jam 3.00 petang itu menyaksikan YH Dato’ Ahmad Nasim Dato’ Haji Mohd Sidek, Yang DiPertua Majlis Daerah Rompin (YDP MDR) bersama Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Johari Hussain (ADUN Tioman), Yang Berhormat Ir Razali Kassim (ADUN Muadzam Shah) dan Yang Berhormat Datin Hajah Shamsiah Haji Arshad (ADUN Bukit Ibam) mengunjungi booth-booth agensi terlibat dan menyantuni semua lapisan masyarakat yang hadir. Dalam ucapan alu-aluan, beliau telah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua agensi terlibat yang memberikan sambutan luar biasa terhadap penganjuran Rumah Terbuka Daerah Rompin 2022. Beliau juga mengharapkan sokongan yang sama untuk semua program anjuran pentadbiran daerah Rompin pada masa akan datang. Warga kerja Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin (KRMSAR) turut sama-sama hadir memeriahkan acara sambutan ini. Inisiatif kerjasama KRMSAR berganding bahu dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin dan Majlis Belia Daerah (MBD) Rompin mengendalikan ‘Booth’ Raya Minuman Panas adalah sebagai tanda sokongan kepada pihak penganjur. Majlis hari raya ini turut disajikan dengan persembahan oleh artis jemputan RTM iaitu Azlina Aziz, Ramlah Ram dan Nabila Razali.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Siti Alifah Hamzah, KRMSA Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 176
