PEKAN, 31 Mei – Pada 24 Mei 2022 yang lalu bertempat di Dewan Serbaguna Universiti Malaysia Pahang (UMP) Cawangan Pekan telah diadakan Majlis Rumah Terbuka Peringkat Daerah Pekan. Majlis Rumah Terbuka ini bermula jam 9.20 pagi itu telah melibatkan beberapa Jabatan Kerajaan yang ada di daerah Pekan. Majlis ini juga dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP). Warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan yang diwakili oleh Encik Faizal Bakar telah hadir ke Majlis Rumah Terbuka tersebut. Pelbagai jenis makanan tradisional dan moden disediakan kepada tetamu yang hadir ke majlis tersebut. Majlis yang cukup meriah ini berakhir sekitar jam 2.00 petang.
#towardshsnpahang2022
Disediakan oleh:- Faizal Bakar, PBSD Pekan
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 135
