ROMPIN, 30 Mei – Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Hoki Daerah Rompin Bilangan 1 Tahun 2022 telah selesai diadakan pada 24 Mei 2022 yang lalu pada jam 8.00 malam bertempat di Bilik Mesyuarat Inovasi, Pejabat Daerah dan Tanah Rompin yang dipengerusikan oleh YH Dato' Ahmad Nasim Dato' Haji Mohd Sidek, Pegawai Daerah Rompin. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin. Tujuan mesyuarat diadakan bagi membincangkan pelaksanaan aktiviti sukan hoki bagi mencungkil bakat-bakat baru khususnya di kalangan komuniti Rompin bagi merancakkan kembali sukan ini. Turut dibincangkan hala tuju persatuan serta penambahbaikan bagi memantapkan lagi persatuan ini di masa akan datang untuk memastikan persatuan kekal relevan.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 157
