KRMSA ROMPIN, 28 Jun – Booth #TeamRompin di Program JKM Rompin Cakna Masyarakat : Program Derma Darah Keluarga Malaysia pada 22 Jun 2022 bertempat di Dewan Kuala Rompin mendapat sambutan yang menggalakkan dan meriah oleh para pengunjung. Aktiviti Mari Mencuba Dart dan Mari Mencuba ‘Golf Puttin’ sememangnya menjadi daya tarikan kepada para pengunjung untuk mendekati booth #TeamRompin. Pengunjung yang berdaftar di kaunter infomasi #TeamRompin layak mencuba permainan yang disediakan. Kedua-dua acara mari mencuba diberikan tiga kali percubaan dan ada hadiah disediakan bagi yang mendapat mata 100 ke atas bagi aktiviti dart dan ‘hole in one’ bagi aktiviti ‘golf putting’. Lebih dari 50 orang pengunjung telah mencuba permainan di booth #TeamRompin. Encik Zubi Awang dari Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin (KRMSAR) dan Encik Mohd Hafez dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah mendapat 100 mata ke atas bagi acara Mari Mencuba Dart. Kedua-duanya telah membawa pulang sebuah mug dari #TeamRompin. Acara di booth #TeamRompin berlangsung meriah sehingga ke penghujung program. Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin turut berbesar hati dengan sambutan yang di luar jangkaan dan memandang aktiviti seperti ini dapat mempromosikan program-program anjuran PBSD Rompin dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KRMSAR.#towardshsn2022pahang Disediakan oleh:-Siti Alifah Hamzah,KRMSA Rompin. Disunting oleh:-Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 212
