- JBS Pahang
- Hits: 123
PERBINCANGAN DAN PENYELARASAN PROGRAM PERSATUAN BOLA SEPAK DAERAH CAMERON HIGHLANDS
CAMERON HIGHLANDS, 16 Ogos – Perjumpaan dan perbincangan serta penyelarasan aktiviti bola sepak Peringkat Daerah Cameron Highlands telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Cameron Highlands. Pengerusi Persatuan, Encik Krishnan Sinnaya telah hadir bagi menyampaikan maklumat serta meminta pandangan dari Encik Ahmad Fadil Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands. PBSD Cameron Highlands sentiasa terbuka untuk berkongsi maklumat dan memberikan pandangan khususnya kepada pembangunan para belia dan juga pengurusan pertubuhan belia serta sukan daerah ini. PBSD Cameron Highlands juga akan melaksanakan Program Liga Tunas Malaysia iaitu satu program pencarian bakat dan pembangunan bola sepak di akar umbi. Dengan penyelarasan dan perancangan yang baik tidak mustahil daerah ini dapat melahirkan permata bola sepak negara.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:-
Fauzul Abdullah
PBSD Cameron Highlands
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 123
